Sebab Pilih
Saturday, August 31, 2013 ✿ 8:40 AM ✿ 0 Royal Person (s)
Kami memilih tajuk ini kerana tajuk ini mengandungi banyak maklumat yang boleh kami ambil sebagai satu rujukan dan pengetahuan. Rujukan dan pengetahuan ini boleh digunakan dalam mengetahui lebih banyak isu tentang sukan dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh pengetahuan sukan ini boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti kecergasan yang boleh dilakukan di tempat tinggal.
Selain itu kami juga memilih tajuk ini kerana hampir semua orang meminati sukan tidak kira apapun jenis sukan. Ini kerana sukan mendapat sambutan yang tertinggi di dunia. Ada sekelompok manusia yang sanggup mengorbankan masa tidur mereka untuk menonton sukan contohnya perlawanan liga bola sepak antarabangsa.
Disamping itu kami juga bertujuan untuk mengkaji kebaikan dan keburukan sukan dari semua aspek. Contohnya dari aspek kesihatan dan dari aspek kecerdasan diri. Dari aspek kesihatan sukan boleh menghindarkan kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti lemah jantung, lelah, sakit paru-paru dan sebagainya. Bersukan tiada keburukan tetapi ia boleh mendatangkan keburukan apabila sukan itu dilakukan dengan tidak betul. Contoh keburukannya seperti pergaduhan dalam perlawanan dan kecederaan masa perlawanan.
Seterusnya, terdapat pelbagai faedah dalam sukan. Contohnya, sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dalam Negara mahupun luar Negara. Sukan antarabangsa seperti sukan olimpik dapat mengeratkan hubungan antara Negara yang bertanding. Dengan cara ini, kita dapat mewujudkan hubungan diplomatik dan dapat mengambil sedikit sebanyak tentang teknologi mereka yang telah berkembang maju.
Tujuan kami memilih tajuk ini adalah untuk mengesyorkan kepada kerajaan untuk menaikkan taraf sukan dalam Negara. Contohnya menyediakan kelengkapan sukan yang cukup dan menyediakan jurulatih yang mahir dan berpengalaman dalam bidang sukan agar setaraf dengan Negara-negara luar yang maju dalam bidang sukan seperti Negara china. Negara tersebut mempunyai kelengkapan sukan yang baik, jurulatih yang handal dan atlit-atlit yang bersemangat tinggi.
Tujuan kami adalah untuk mengenyorkan kepada ibubapa agar menerapkan minat terhadap sukan dalam diri anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.